Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA kayu bakar punggung BERJAYA MENCAPAI 334 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SUNAN IBNU MAJJAH

1  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0777.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., katanya: "Seorang laki-laki Bani Israil meminta kepada seorang Bani Israil lainnya supaya ia dipinjami wang seribu dinar, maka dipinjamkannya seribu dinar. Si peminjam pergi ke pelabuhan hendak berlayar, tetapi dia tidak mendapatkan kapal. Maka diambilnya sepotong kayu lalu dilubanginya, kemudian wang seribu dinar dimasukkannya ke dalam lobang itu, setelah ditutupnya, kayu itu dilemparkannya ke laut. Ketika orang yang memberi pinjaman pergi ke pinggir laut, ia menemukan sepotong kayu lalu diambilnya untuk kayu bakar bagi keluarganya. Setelah kayu itu di belahnya maka kedapatan olehnya wang seribu dinar di dalam kayu itu."

2  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1115.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Tidak ada yang ku ingat mengenai kedua orang tua ku, melainkan mereka telah memeluk agama (Islam). Dan tidak ada hari yang berlalu bagi kami, melainkan setiap hari itu Rasulullah saw. datang ke rumah kami pada kedua tepi siang, pagi dan petang. Ketika kaum muslimin ditimpa musibah, Abu Bakar ikut hijrah ke Habsyah. Sesampainya di Birkal Ghimad, ia berpapasan dengan Ibnu Daghinah, seorang penghulu kampung. Katanya, "Hendak ke mana engkau, hai, Abu Bakar?" Jawab Abu Bakar, "Aku diusir oleh kaum ku. Kerana itu aku hendak mengembara di bumi ini untuk menyembah Tuhan ku." Kata Ibnu Daghinah, "Sesungguhnya orang seperti engkau ini tidak boleh pergi dan tidak boleh diusir. Kerana engkau mengusahakan yang tidak ada, menghubungkan kasih sayang (silatur rahim), membantu orang yang sengsara, memuliakan tetamu dan menolong orang yang ditimpa bahaya dalam menegakkan kebenaran. Dan aku adalah tetanggamu. Kembalilah! Dan tetaplah menyembah Tuhan mu di negerimu." Ibnu Daghinah berjalan bersama-sama dengan Abu Bakar. Lalu ditemuinya pemuka-pemuka kaum Quraisy. Katanya kepada mereka,"Sesungguhnya orang seperti Abu Bakar tidak boleh diusir. Mengapa kalian usir dia? Padahal dia mengusahakan yang tidak ada, menghubungkan kasih sayang, membantu orang yang sengsara, memuliakan tetamu dan menolong orang yang ditimpa bencana dalam menegakkan kebenaran." Sesudah itu orang Quraisy membiarkan tetangga Ibnu Daghinah dan memberi keamanan bagi Abu Bakar. Kata mereka kepada Ibnu Daghinah, "Suruhlah Abu Bakar supaya ia menyembah Tuhannya di rumahnya, ia boleh solat dan membaca apa yang dikehendakinya (di sana), tetapi sekali-kali janganlah menyakiti hati kami dengan perbuatannya, dan jangan pula ia pamer dengannya. Sesungguhnya kami khuatir anak-anak dan para wanita kami akan terpengaruh. Ibnu Daghinah menyampaikan pesan mereka itu kepada Abu Bakar. Maka semenjak itu, Abu Bakar sentiasa menyembah Tuhannya di rumahnya saja, tidak kelihatan terang-terangan solat dan membaca (Quran) di luar rumahnya. Kemudian timbul fikiran bagi Abu Bakar. Maka dibuatnya masjid (musalla, atau surau) di halaman rumahnya. Ia solat dan membaca dengan leluasa di masjidnya itu. Para wanita dan anak-anak orang musyrik beramai-ramai mengunjunginya dan mereka hairan melihatnya, kerana Abu Bakar seorang yang mudah menangis. Dia tidak dapat menahan air matanya kalau dia membaca Quran. Keadaan seperti itu sangat mengejutkan pemuka musyrikin Quraisy. Lalu mereka panggil Ibnu Daghinah. Ibnu Daghinah datang menemui mereka. Kata mereka, "Kami membolehkan Abu Bakar menyembah Tuhannya, hanya di rumahnya. Kini dia telah melampaui batas. Dibuatnya masjid di halaman rumahnya, kemudian dengan leluasa dia pamer solat dan membaca. Kami khuatir anak-anak dan para wanita kami akan terpengaruh. Kerana itu pergilah kamu kepadanya. Jika dia mahu menyembah Tuhannya di rumahnya saja, dia boleh melakukannya. Jika dia tidak mhau, bahkan dia akan melakukannya secara terus terang dan leluasa, mintalah kepadanya supaya ia mengembalikan jaminan perlindungan darimu. Kami sendiri tidak suka merosakkan perjanjian denganmu. Kami tidak menyetujui Abu Bakar bersikap leluasa dan terus terang seperti itu." Kata 'Aisyah, Ibnu Daghinah datang kepada Abu Bakar, lalu ia berkata: "Engkau memaklumi apa yang ku janjikan kepada engkau. Dapatkah engkau menepati janji itu, ataukah engkau akan mengembalikan janji perlindungan dari ku tidak ingin mendengarkan orang Arab mengatakan, bahawa aku merosak janji yang telah ku janjikan kepada seseorang." Kata Abu Bakar, "Aku kembalikan kepada mu janji setetangga denganmu. Dan aku lebih suka setetangga dengan Allah." Waktu itu Rasulullah saw. sedang berada di Mekah. Beliau bersabda, "Sesungguhnya telah diperlihatkan (Allah) kepada ku tempat hijrahmu. Aku lihat pada pasir ditumbuhi pohon kurma di antara dua bukit, yakni dua tempat yang berbatu-batu." Tidak lama kemudian, maka hijrahlah orang ke Madinah. Yaitu sesudah Rasulullah saw. mengatakan demikian itu. Dan hijrah pula ke Madinah orang-orang yang tadinya telah hijrah ke Habsyah. Abu Bakar pun bersiap-siap pula hendak hijrah. Tetapi Rasulullah saw. bersabda kepadanya, "Perlahan-lahan! Sesungguhnya aku mengharap pula keizinan bagi ku sendiri." Kata Abu Bakar, "Apakah Tuan sedang mengharapkan yang demikian itu? Ku tebus engkau dengan Bapa ku." Jawab beliau, "Ya!" Abu Bakar menunggu Rasulullah saw. untuk menemani beliau. Sementara itu diberinya makan dua ekor kenderaan miliknya sendiri dengan daun samar selama empat bulan."

3  
Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2198.
Mewartakan kepada kami Hisyam bin 'Ammar; mewartakan kepada kami 'Isa bin Yunus; mewartakan kepada kami Al-Ahdhar bin 'Ajlan; mewartakan kepada kami Abu Bakr Al-Hanafiy, dari Anas bin Malik bahawa ada seorang laki-laki dari Ansar datang kepada Nabi saw. minta kepadanya. Maka beliau bertanya: "Apakah engkau mempunyai sesuatu di rumahmu?" Dia menjawab: "Ya ada. Pakaian (untuk alas punggung unta), yang sebahagian kami pakai dan sebahagian lagi kami bentangkan. Serta mangkuk yang kami pergunakan untuk minum." Beliau memerintah: "Bawaiah keduanya padaku!" Anas melanjutkan: "Maka orang tersebut membawa kedua barang itu kepadanya. Rasulullah saw. mengambil kedua barang itu dengan tangannya, kemudian berkata: "Siapa yang mahu membeli dua barang ini?" Maka seseorang berkata: "Aku akan mengambilnya dengan harga satu dirham." Beliau berkata: "Siapa yang mahu menambah di atas satu dirham?" Demikian beliau ulang dua kali atau tiga kali. Lantas seseorang berkata: "Saya akan mengambilnya dengan dua dirham." Kemudian beliau memberikan wang dirham tersebut kepada orang Ansar tadi seraya berkata: "Belilah makanan satu dirham dan berikan kepada keluargamu, dan belilah kapak dengan satu dirham yang lain dan bawalah kapak itu padaku." Maka dia mengerjakan perintah Nabi saw. Kemudian Rasulullah saw. mengambilnya. Dan memasang kayu pada kapak tersebut dengan tangannya, lalu berkata: "Pergilah, dan cari kayu! Aku tidak mahu melihatmu dalam lima belas hari ini." Kemudian dia mulai mencari kayu dan menjualnya. -Sesudah lima belas hari- dia datang dan dia mendapat wang lima belas dirham. Maka beliau berkata: "Belilah makanan dengan sebahagian wang itu, dan yang lain belikan pakaian." Kemudian beliau berkata: "Ini adalah lebih baik bagimu daripada engkau datang (meminta manusia), kerana minta-minta itu akan menjadi titik hitam di wajahmu pada hari kiamat. Sesungguhnya minta-minta itu tidak pantas kecuali bagi orang yang sangat miskin, atau orang yang menderita kerugian yang melilit, atau bagi darah yang menyakitkan. 1" Keterangan: 1. Adalah suatu ungkapan yang dipakai, jika ada seseorang yang memikul diyyah (wang tebusan) bagi saudaranya yang membunuh. Lalu dia berusaha mendapatkan wang tebusan tersebut, sehingga dia dapat memberikannya kepada pihak keluarga yang terbunuh. Akan tetapi, jika dia tidak dapat membayar, saudaranya yang membunuh akan diqishas (dihukum mati). Sehingga kematian saudaranya tersebut menyakitkannya. Maka orang seperti ini dibolehkan minta-minta.

4  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0452.
Diceritakan oleh Muhammad bin Amr bin 'Atha' r.a., bahawasanya dia pernah duduk bersama beberapa orang sahabat Nabi saw., membicarakan darihal solat Nabi. Abu Humaid Saidi mengatakan, "Saya yang paling ingat di antara kamu akan solat Rasulullah Saw. Ketika takbir, ku lihat beliau mengangkat kedua belah tangannya sampai setentang dengan bidang kedua bahunya. Ketika rukuk, diletakkannya kedua tapak tangannya di atas lututnya, dan diratakannya punggungnya. Apabila beliau telah mengangkat kepala (bangkit) dari rukuk, beliau berdiri tegak, lurus, sehingga tulang punggung beliau kembali tegak lurus seperti biasa. Ketika sujud, diletakkannya kedua tapak tangannya (ke bumi), tetapi lengannya tidak diletakkan dan tidak pula dirapatkannya ke rusuk, dan ujung jari kakinya dihadapkannya ke kiblat. Apabila beliau duduk sesudah dua rakaat, beliau duduk di atas kakinya yang kiri dan menegakkan tapak kakinya yang kanan. Duduk pada rakaat yang akhir, beliau duduk di atas kakinya yang kiri dan menegakkan tapak kakinya yang kanan. Duduk pada rakaat yang akhir, beliau mengulurkan tapak kakinya yang kiri ke sebelah kanan dan ditegakkannya tapak kakinya yang (kanan) dan beliau duduk di punggungnya.

5  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0159.
Abdullah bin Mas'ud r.a. menceritakan: "Pada suatu ketika Nabi saw. solat dekat Kaabah. Sedangkan Abu Jahal dan beberapa orang kawannya duduk bersama-sama. Salah seorang di antara mereka berkata kepada yang lain, "Siapa yang berani, mengambil Uri (isi perut) unta Bani Fulan dan meletakkannya di punggung si Muhammad ketika dia sujud?" Seorang yang paling jahat di antara mereka (Uqbah bin Abu Muaith) bangkit, lalu pergi mengambil uri unta itu. Kemudian dia menunggu sebentar. Waktu Nabi saw. sujud, diletakkannya uri unta itu ke punggung Nabi, antara kedua bahu beliau. Saya melihat kejadian itu, tetapi saya tidak berdaya apa-apa, andaikata saya mendapat kekuatan tentu saya cegah. Mereka tertawa terbahak-bahak saling mengolok satu sama lain untuk mempermainkan Nabi. Rasulullah saw. sujud terus, tidak mengangkat kepalanya hingga datang Fatimah (puteri beliau) membuangkan kotoran itu dari punggung beliau. Nabi mengangkat kepalanya dan mendoa tiga kali, 'Ya, Allah , Hukumlah orang Quraisy!" (Tiga kali). Abu Jahl dan kawan-kawannya ketakutan mendengar Nabi mendoakan mereka, kerana mereka tahu bahawa doa di tempat itu diperkenankan Allah. Kemudian Nabi menyebut nama mereka satu persatu, "Ya, Allah! Binasakanlah Abu Jahl, Utbah bin Rabiah, Syaibah bin Rabiah, Walid bin Uqbah, Umaiyah bin Khalf, Uqbah bin Abu Muaith." Nabi menyebut nama orang yang ketujuh tetapi saya telah lupa nama orang itu. Kata Abdullah bin Masuud selanjutnya, "Demi Allah, yang diri ku dalam genggaman-Nya, aku melihat sendiri orang-orang yang disebutkan Rasulullah saw dalam doanya itu, mati terkubur dalam lobang bekas sumur (waktu perang) Badar."

6  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1770.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Ada beberapa orang bertanya: "Ya Rasulullah! Adakah kami melihat Tuhan di hari kiamat?" Jawab Nabi: "Adakah kamu ragu menampak matahari yang tidak ditutupi awan?" Jawab mereka: ''Tidak, ya Rasulullah!" Tanya Nabi: "Adakah kamu ragu menampak bulan di malam purnama yang tiada ditutupi awan?" Mereka menjawab: "Tidak, ya Rasulullah!" Nabi berkata: "Sesungguhnya begitulah kamu melihat Tuhan di hari kiamat." Tuhan akan mengumpulkan manusia (di hari kiamat), lalu Dia berfirman: "Siapa yang menyembah sesuatu, hendaklah diikutinya!" Lalu orang yang menyembah matahari, yang menyembah bulan dan yang menyembah berhala mengikuti pujaannya. Maka tinggallah umat ini (yang menyembah Allah), termasuk orang-orang munafik. Maka datanglah Tuhan kepada mereka dalam rupa yang bukan mereka ketahui, lalu Dia berkata: "Aku Tuhan kamu." Mereka berkata: "Kami berlindung kepada Allah terhadap engkau. Kami akan tetap di sini, sampai Tuhan kami datang. Apabila Dia datang nescaya kami akan mengenalNya." Lalu Allah datang kepada mereka dalam rupa yang mereka kenal dan berkata: "Aku Tuhan kamu." Mereka menjawab: " Engkau Tuhan kami!" Mereka hendak mengikuti Tuhan. Maka dibentangkan titian melintasi neraka. Rasulullah saw. bersabda: "Akulah orang yang pertama melalui titian itu. Doa Rasul-rasul ketika itu ialah: "Ya Allah, selamatkan, selamatkan!" Pada titian itu ada beberapa kaitan, serupa dengan duri kayu Saadan. Sudah pernahkah kamu melihat duri kayu Saadan itu?" Mereka menjawab: "Sudah, ya Rasulullah!" Kata Nabi: "Sesungguhnya kaitan itu serupa duri kayu Saadan, tetapi ukuran besarnya hanya Allah yang mengetahui. Setiap orang disambarnya menurut amalan masing-masing. Ada yang binasa kerana amalnya dan ada yang terganggu, kemudian selamat. Setelah Allah selesai mengadili hamba-hambaNya dan hendak mengeluarkan dari neraka siapa yang hendak dikeluarkanNya dari antara orang yang pernah mengucapkan pengakuan bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, diperintahkanNya malaikat mengeluarkan mereka dari neraka dan dapat dikenal dengan bekas Sujud (s olat). Tuhan melarang api neraka memakan (membakar) bekas sujud itu. Lalu disiramkan kepada mereka air yang dinamakan "air kehidupan". Maka tumbuhlah badan mereka bagai bibit di atas sampah bekas banjir." Tinggal lagi seorang yang mukanya menghadap ke neraka dan dia mendoa: "Ya Tuhan! Sesungguhnya sangat menyakitkan aku bau neraka dan nyalanya membakar aku. Sebab itu, palingkanlah muka ku dari neraka!" Orang itu terus mendoa dan Tuhan menjawab: "Boleh jadi jika permintaan engkau itu Aku beri, engkau akan meminta lagi yang lain?" Jawabnya: "Demi kekuasaan Engkau, aku tidak akan meminta lagi yang lain." Lalu dipalingkan Tuhan mukanya dari neraka. Sesudah itu dia memohon lagi: "Ya Tuhan ku! Dekatkanlah kiranya aku ke pintu syurga!" Tuhan berkata: "Bukankah engkau telah mengatakan, tidak akan meminta lagi hal yang lain? Ah, anak Adam! Engkau amat penipu!" Orang itu sentiasa mendoa, lalu Tuhan menjawab: "Boleh jadi jika Aku perkenankan permintaan engkau itu, engkau akan meminta lagi yang lain?" Katanya: "Demi kekuasaan Engkau, aku tidak akan meminta lagi yang lain." Dikemukakan Allah perjanjian yang dikehendakiNya, ahawa orang itu tidak akan meminta lagi hal yang lain. Lalu dia, didekatkan Tuhan ke pintu syurga. Setelah dilihatnya apa yang ada dalam syurga, dia diam barang seketika. Sesudah itu dia, memohon lagi: "Ya Tuhan ku! Masukkanlah aku ke dalam syurga!" Tuhan berkata lagi: "Bukankah engkau telah mengakui tidak akan meminta kepada Ku tambahannya? Ah, anak Adam! Engkau amat penipu!" Lalu dia memohon: "Ya Tuhan ku! Janganlah kiranya, Engkau jadikan aku makhluk yang amat malang!" Orang itu sentiasa mendoa, sampai Tuhan gembira. Setelah Tuhan gembira, diizinkannya orang itu masuk ke dalam syurga. Setelah dia masuk syurga, dikatakan kepadanya: "Kemukakanlah keinginanmu selain ini" Lalu dikemukakannya keinginannya. Dikatakan lagi kepadanya: "Kemukakanlah keinginan kamu, selain ini!" Lalu dikemukakannya segala keinginannya sampai habis segala keinginannya. Lalu Tuhan berfirman: "Semua ini untuk engkau dan ada lagi tambahannya sebanyak itu pula."

7  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0759.
Dari Zubair bin Awwam r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Apabila kamu menyiapkan seutas tali, lalu pergi mencari kayu api, kemudian dibawanya seikat kayu dipunggungnya lalu dijualnya, dan Allah memberi kecukupan bagi keinginannya, itulah yang lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada orang banyak diberi ataupun tidak."

8  
Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1836.
Mewartakan kepada kami 'Ali bin Muhammad dan 'Amr bin 'Abdullah Al-Audiy, keduanya berkata: Mewartakan kepada kami Waki'. dari Hisyam bin 'Urwah, dari ayahnya, dari kakeknya, dia berkata: Rasulullah Saw. bersabda: "Bahwasanya salah seorang diantara kalian mengambil tali-temalinya, lalu pergi ke gunung, dan kembali dengan membawa seikat kayu di punggungnya, dan kemudian menjualnya, lalu dia merasa cukup dengan harga kayunya itu, adalah lebih baik baginya dari pada minta-minta kepada manusia. Baik mereka memberinya atau menghampakannya."

9  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0441.
Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa orang banyak bertanya kepada Rasulullah saw. Tanya mereka, "Dapatkah kami melihat Tuhan kita nanti di hari kiamat?" Jawab Nabi, "Masih sangsikah kamu untuk dapat melihat bulan purnama pada malam empat belas yang tidak berawan?" Jawab mereka, "Tidak! Ya, Rasulullah!" Tanya Nabi saw., "Masih sangsikah kamu untuk dapat melihat matahari di tengah hari yang tidak berawan? Jawab mereka, "Tidak!" Sabda Nabi saw., "Sesungguhnya kamu akan melihat Allah (Tuhanmu) seperti itu. Pada hari kiamat itu akan dikumpulkan seluruh manusia. Lalu Allah berfirman, "Siapa yang menyembah sesuatu (selain aku), maka hendaklah dia mengikut sembahannya itu." Di antara mereka itu ada yang mengikut matahari, ada yang mengikut bulan dan ada yang mengikut bermacam-macam thaghut (berhala). Maka tinggallah umat Islam ini, termasuk di dalamnya orang-orang munafik. Allah akan datang kepada mereka dan berfirman, "Aku adalah Tuhanmu!" Jawab mereka, "Kami akan tetap di sini hingga Tuhan kami datang. Apabila Tuhan kami datang, kami akan mengenalNya." Maka datanglah Allah kepada mereka, lalu berfirman: "Aku Tuhanmu!" Jawab mereka, "Ya, Engkaulah Tuhan kami." Allah akan memanggil mereka, dan sebuah jambatan dibentangkan melintasi neraka jahannam. Aku (Muhammad saw.) adalah orang pertama di antara para Rasul beserta umatnya yang pertama-tama melintasinya. Tak seorang pun di kala itu yang berkata-kata kecuali doa para Rasul. Doa mereka ketika itu ialah: "Ya, Allah! Selamatkan, selamatkan!" Di dalam neraka jahannam itu terdapat kaitan-kaitan seperti duri kayu Saadan. Tahukah anda duri kayu Saadan itu?" Jawab orang banyak, "Tahu." Sabda Nabi saw., "Rupanya seperti duri kayu Saadan, tetapi besarnya hanya Allah swt. yang tahu, manusia akan terkait kerana amalnya. Di antaranya ada yang jatuh berkait sesuai dengan amalnya, tetapi ada pula yang terkait sedikit saja, kemudian lepas." Apabila Allah swt. menghendaki akan memberi rahmat kepada penduduk neraka, maka disuruhNya malaikat mengeluarkan orang-orang yang pernah menyembah Allah. Mereka segera mengeluarkannya, yang masing-masing dikenalnya dengan tanda bekas sujud. Allah swt. mengharamkan api memakan tanda bekas sujud. Maka keluarlah mereka dari neraka. Seluruh tubuh anak Adam akan dimakan api kecuali bekas sujud. Para malaikat mengeluarkan mereka dari neraka dalam keadaan hangus. Lalu dituangkan kepada mereka air kehidupan. Maka tumbuhlah badan mereka sebagai tumbuhnya bibit di tanah bekas banjir. Setelah Allah swt. mengadili mereka, masih ada ketinggalan seseorang antara syurga dan neraka. Dialah orang terakhir dari isi neraka yang akan masuk ke dalam syurga. Dikala mukanya dihadapkannya ke neraka, dia mendoa: "Wahai, Tuhan ku! Palingkanlah muka ku dari neraka ini. Baunya sungguh amat menyakitkan kepada ku, dan panasnya membakar ku." Allah akan menanyainya, "Sekiranya permintaanmu Aku kabulkan, apakah engkau hendak meminta lagi yang lain?" Jawabnya, "Demi kebesaran Engkau, tidak akan kuminta lagi." Maka diperkenankan oleh Allah permintaannya (tersebut di atas) , dengan perjanjian seperti tersebut. Lalu dipalingkan Allah mukanya dari neraka. Tetapi setelah mukanya dihadapkan ke Syurga, dan dilihatnya keindahan syurga, diamlah ia seketika. Kemudian ia mendoa pula: "Ya, Tuhan ku, bawalah aku ke dekat pintu syurga!" Allah bertanya, "Bukankah engkau telah mengikat janji dengan ku, yang engkau tidak akan memajukan permintaan yang lain lagi?" Jawab orang itu, "Wahai, Tuhan ku! Janganlah kiranya aku dijadikan makhluk yang paling malang!" Jawab Allah, Sekiranya Aku kabulkan permintaanmu, apakah engkau masih hendak meminta yang lain lagi?" Jawabnya, "Tidak! Demi kebesaran Mu, aku tidak akan meminta yang lain lagi!" Lalu diperkenankan Allah permintaannya dengan perjanjian, dan dia dibawa ke pintu syurga. Setelah sampai di pintu syurga, kelihatan olehnya keindahan syurga, kegemilangan, dan kegembiraan yang ada di dalam syurga. Dia terdiam pula seketika. Kemudian ia memohon pula, "Wahai, Tuhan ku! Masukkanlah kiranya aku ke dalam syurga!" Kata Allah, "Kasihan kamu, hai anak Adam! Alangkah penipunya kamu! Bukankah kamu sudah berjanji tidak akan meminta lagi selain yang telah kamu peroleh?" Jawabnya, "Ya, Tuhan! Janganlah kiranya aku dijadikan makhluk yang paling malang. " Allah 'Azza wa Jalla tertawa mendengarkan ucapannya itu. Kemudian dia mengizinkannya masuk ke syurga. Berkata Allah, "Mintalah segala yang kamu inginkan." Lalu dia memohon segala yang diinginkannya sehingga ia puas. Kemudian Allah berkata pula, "Mintalah tambahannya ini dan itu." Diingatkan oleh Allah kepadanya berbagai macam keinginannya sampai ia puas. Kata Allah pula, "Semua ini untukmu, dan ada lagi tambahannya sebanyak itu pula."

10  
Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3462.
Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah dan Muhammad bin Ash-Shabbah, mereka berkata: Mewartakan kepada kami Sufyan ban 'Uyainah, dari Az-Zuhriy, dari'Ubaidullah bin 'Abdullah, dari Ummu Qais binti Mihshan, dia berkata: Saya dengan membawa anakku berkunjung kepada Rasulullah saw. Sementara saya memencetnya kerana adanya penyakit tenggorokan. Lalu Nabi saw. berkata: "Karena apa kamu memasukkan jemarimu pada anakmu dengan cara memencet ini? Pergunakanlah kayu cendana. Sebab pada kayu itu terdapat tujuh ubat penyembuhan. Kayu cendana dapat dimasukkan pada hidung untuk penyakit tenggorokan dan dapat dimasukkan ke dalam mulut untuk penyakit rusuk (atau: bisul yang besar.". Mewartakan kepada kami Ahmad bin 'Amr Ibnus-Sarh Al-Mishriy, mewartakan kepada kami 'Abdullah bin Wahb, memberitakan kepada kami Yunus, dari Ibnu Syihab, dari 'Ubaidullah, dari Ummu Qias binti Mihshan, dari Nabi saw. seperti hadis tadi. Kata Yunus: A'laqtu sama dengan kata: Ghamaztu: Memencet.